Prinsip-Prinsip Pembinaan Bahan Bantu Mengajar:

10/05/2010 14:16

 

  • Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka
  • Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan. 

 

a)   Ketahanan

§ Bahan yang dibina mestilah tahan lasak dan sesuai dengan kelompok pelajar

§ Bahan yang tahan lasak boleh digunakan berulang-kali tanpa masalah

 

b)  Kos

§ Bahan yang dibina hendaklah murah dan tidak memerlukan kos yang tinggi supaya tidak membebankan

§ Penggunaan bahan-bahan terbuang dapat menjimatkan kos

 

c)   Aspek-aspek Teknikal

§ Pembinaan bahan mesti menitikberatkan aspek teknikal seperti mudah digunakan, cara penggunaan sama ada untuk digantung atau diletakkan di depan kelas  dengan mudah.

§ Sekiranya menggunakan komputer pastikan sesuaiI dengan spesefikasi komputer yang terdapat di sekolah

 

d)   Ketepatan Maklumat

§ Bahan yang dibina hendaklah boleh memberi atau menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya

§ Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

 

e)   Mudah Alih

§ sentiasa berfungsi

§ boleh dibawa ke mana-mana

§ ringan

§ tidak terlalu besar

§ bahan elektronik – alternatif kuasa

 

f)   Praktikal

§  sederhana dan mudah digunakan

§  bentuk bahasa berdasarkan situasi sebenar

§  boleh digunakan lebih daripada satu m.pelajaran

§  contoh2 mudah difahami

§  boleh diguna pelbagai tahap umur dan tahap

§  sesuai dengan objektif

§  boleh digunakan berulang kali

§  tahan lasak

§  mudah diambil

§  senang disimpan 

 

g)   Strategi Pengajaran Pembelajaran

§ Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dibina dengan:

Ø objektif pelajaran,

Ø taraf penguasaan bahasa pelajar,

Ø pengetahuan dan pengalaman pelajar,

Ø minat pelajar, dan

Ø situasi bahasa yang dirancang.

 

h)   Bentuk dan Fungsi

§  bentuk fonologi (bunyi, intonasi, tekanan)

§  tatabahasa (morfologi dan sintaksis)

§  wacana (sekuen ayat)

§  bbm boleh memudahkan penyampaian

 

       i)   Ketepatan

§ Bahan yang dibina mestilah dapat memenuhi syarat berikut:

Ø bahasa diguna dengan tepat

Ø berhubung dengan fungsi dan konteks sosial

Ø peraturan-peraturan penggunaan

Ø menyesuai bahasa dengan situasi

           

j)    Kepelbagaian

§ Bahan yang dibina dapar memberikan pendedahan variasi bahasa

Ø dialek

Ø kelas

Ø laras bahasa,

Ø bacaan

Ø tulisan

Ø lisan

 

k)     Kemahiran Bahasa

§ aras penerimaan:

Ø membaca dan mendengar

§ aras penglahiran:

Ø bertutur

Ø menulis

§ perlu digabungjalinkan 

 

l)  Standardisasi dan Simplikasi

§ memenuhi keperluan murid:

Ø disunting

Ø ubahsuai selaras dengan :

§ keupayaan murid

§ perbezaan umur

§ jantina

§ kawasan

§ sosial

§ pendidikan

 

m) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan

§ penerapan nilai dan pengetahuan

Ø FPN

Ø perpaduan

Ø agama

Ø aspirasi negara