Literasi Bahasa

10/05/2010 14:17

 

Literasi Bahasa

1. Definisi:

  • Kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa
  • Pertubuhan Pendidikan , Sains & Kebudayaan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO) → kemampuan membaca dan menulis suatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan harian

 Konsep literasi merangkumi:

  • mengenali huruf,
  • menulis semula huruf secara mekanis,
  • pemahaman bacaan
  • penulisan yang berkesan
  • serta penggunaan daya pemikiran sepenuhnya dalam bacaan
  • Literasi bahasa menggabungkan keseluruhan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir
  • Kemahiran berfikir mendampingi keempat- empat kemahiran bahasa tersebut.
  • Hasil kajian Halliday (1975) & Vygotsky (1978) telah menjadi asas bagi konsep yang menegaskan bahawa kanak- kanak belajar secara bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa serta pembelajaran bahasa berlaku secara holistik menerusi proses sosialisasi tersebut.
  • Kegiatan mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir  dalam sesuatu bahasa adalah merupakan satu proses membina makna (Brozo, 1999)
  • Makna dibina menerusi interaksi antara seseorang individu dengan teks serta konteks persekitaran yang dialaminya.

 

Kesimpulan:

  • Membaca, menulis, bertutur, mendengar dan berfikir berkembang selaras dengan perkembangan literasi
  • Penguasaan literasi bahasa akan melengkapkan kewujudan individu sebagai seorang anggota masyarakat yang mempunyai nilai tinggi

 

2. Hubungan Konsep Literasi dengan Pemerolehan Bahasa

 

Literasi Bahasa

  • Berkaitan tentang fungsi otak dalam memahami bahasa
  • Salah satu komponen penting dalam kemahiran membaca
  • Diertikan sebagai kefahaman berdasarkan apa yang difahami daripada perkataan dan idea penulis atau pengarang.

 

Pemerolehan Bahasa

  • Pendedahan kepada pemakaian bahasa dan secara berterusan
  • Pendapat sarjana yang mengkaji bahasa:

Ø       Secara semulajadi, kanak-kanak yang terdedah kepada bahasa dengan sendirinya mempunyai keupayaan untuk memperolehi bahasa

Ø       Bahasa dikuasai oleh kanak-kanak secara meniru  pertuturan ibu bapanya

 

Hubungan:

  • Literasi merupakan prasyarat kepada pemerolehan bahasa
  • Pemerolehan bahasa dan  literasi berlaku serentak
  • Pemahaman dalam pembacaan (Literasi) akan membentuk bahasa dan perkataan baru dalam diri penutur.
  • Proses literasi dan pemerolehan bahasa adalah berterusan
  • Pemahaman yang berbeza melalui proses literasi akan melahirkan pemerolehan bahasa yang berbeza.
  • Proses literasi dan pemerolehan bahasa adalah berterusan
  • Pemahaman yang berbeza melalui proses literasi akan melahirkan pemerolehan bahasa yang berbeza.

 

Kesimpulan:

Proses literasi dan pemerolehan bahasa adalah saling berkait. Dengan adanya proses literasi, maka wujudlah pemerolehan bahasa, begitulah sebaliknya.

 

3. Teori Pemerolehan Bahasa. 

§ Ada pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa atau mengajarkan bahasa.  

§ Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teori pemerolehan bahasa.

§ Ada pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa atau mengajarkan bahasa.  

§ Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teori pemerolehan bahasa.

§ Ada pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa atau mengajarkan bahasa.  

§ Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teori pemerolehan bahasa.

 

Cuba anda perhatikan situasi di bawah.

Cikgu C  mengajarkan bahasa Melayu murid tahun 1. Beliau mengajar muridnya tentang peraturan membina dan menulis ayat tanya. Cikgu C menyuruh murid-murid membina dan menulis ayat tanya yang dapat memberikan maklumat  tentang kawan baik.Beliau

memuji murid-murid yang dapat membina ayat tanya yang betul. Semasa pengajarannya juga beliau menjalankan aktiviti lakonan dan perbincangan sesama murid.

 

Lihat hubungan situasi di atas dengan teori pemerolehan bahasa berikut:

 

a) Teori Behavioris (Skinner) 

  • Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
  • Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah
  • Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran
  • Contohnya cikgu C menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul.
  • Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan sebagainya.
  • Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam pengajaran bahasa.

 

b) Teori Mentalis (Chomsky) 

  • Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanak-kanak
  • Kanak-kanak dikatakan berupaya membuat rumusan, sebab itulah cikgu C mengajar murid-muridnya tentang peraturan pembinaan ayat.
  • Perkembangan bahasa kanak-kanak pula adalah mengikut tahap umur mereka
  • Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur
  • Murid cikgu C dapat membina ayat selepas merumuskan apa yang disampaikan oleh cikgu C.
  • Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacaan diutamakan
  • Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan
  • Penyampaian makna juga lebih diutamakan daripada struktur bahasa
  • Tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif.

 

c) Teori Interaksionalis (Halliday)

  • Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi
  • Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya
  • Sebagai contoh cikgu C melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi
  • antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa.
  • Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa
  • Melalui interaksi, terhasillah ayat tanya
  • Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk
  • mempelajari sistem bahasa.

 

d) Teori Fungsionalis

 

  • Bahasa mempunyai fungsi - untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek
  • Sebab itu Cikgu C meminta murid-murid membuat ayat  tanya yang bertujuan mendapatkan maklumat
  • Bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik
  • Variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar
  • Bahasa ialah alat untuk berhubung. Jadi murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.